Tag Archives: Fesyen

Bersyukurlah Atas Segala Nikmat Allah Swt

 Bersyukurlah Atas Segala Nikmat Allah Swt

Assalamualaikum….
Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 4 kita berpuasa sebagai umat islam. Masa berjalan begitu pantas sekali dan disebalik kita menjalankan ibadat puasa dan bersolat berjemaah serta berusaha untuk bermuasabah diri untuk menjadi yang terbaik dunia akhirat,  tidak terkecuali diri saya juga melakukan perkara yang sama.
Entri saya hari ini bertajuk ‘Bersyukur Atas Segala Nikmat Allah SWT’ atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikan kepada seluruh hamba-hambanya termasuk diri saya sendiri, merupakan rasa terima kasih kita atas segala nikmat kurniaan Allah Swt juga diistilakan memberi pujian yang memberikan kita sesuatu kenikmataan alam semulajadi.  Bersyukur atas segala nikmat Allah Swt merupakan satu terapi yang cukup baik terhadap tubuh badan kita dan kehidupan amnya.
Didalam kehidupan harian kita haruslah selalu mengucapkan syukur atas segala nikmat dan pekerjaan yang telah selesai kita jalani dengan baik atau apa juga pemberian seseorang kepada kita.  Bersyukur atas segala nikmat Allah Swt boleh diwujudkan dalam berbagai cara juga seperti melalui hati, lisan dan perbuatan.
Pentingnya kita selalu  bersyukur walau apa juga keadaan kita,  termasuk semasa kita sihat, sakit atau semasa menjalankan perniagaan dengan pendapatan pada hari itu walau sedikit atau banyak kita semua akan mengangkat kedua belah tangan tanda bersyukur dengan rezeki yang Allah Swt berikan pada hari itu. Samalah juga apabila kita mempunyai perancangan untuk melakukan sesuatu, maka kita memang bertawakal kepada Allah Swt samada perancangan kita itu berjaya atau tidak maka itu dikira kita orang yang bersyukur.
Google Images
Pengalaman saya menguruskan perniagaan butik offline selama beberapa tahun, memang banyak sekali dugaan dan cabaran yang saya hadapi.  Perniagaan butik offline tumbuh bagaikan cendawan setiap bulan mahupun setiap tahun.  Kita memang kena mencari identiti sendiri serta bijak merancang apa yang akan kita lakukan dalam jangka masa 2 atau 3 tahun.  Aliran fesyen selalu berubah-ubah dan persaingan juga hebat. Maka itu, apa juga yang kita lakukan setiap hari kita haruslah bersyukur atas segala nikmat yang Allah Swt berikan kepada kita, mudah-mudahan dengan selalu bersyukur, rezeki kita akan bertambah walaupun kadang-kadang pendapatan kita pada satu-satu bulan itu tidak menepati sasaran yang kita rancangkan.
Adat didalam perniagaan ada pasang surut nya.  Jangan lah kita berputus asa, apabila didalam sesuatu perniagaan kadang-kadang kita menghadapi kegagalan. Itu semua adalah lumrah dalam kehidupan seseorang didalam bidang perniagaan.  Semua itu kita ambil sebagai satu ujian daripada Allah Swt dan jangan sama sekali berputus asa kerana kita merupakan orang yang tidak bersyukur.
Studio_20160215_154949
Bersyukur dalam menjalankan perniagaan amatlah besar ganjarannya. Semoga kita semua yang menjalankan perniagaan butik offline mahupun butik online sama-samalah mengucap syukur atas segala nikmat yang Allah Swt berikan kepada kita semua.  In Shaa Allah, rezeki menyebalahi kita semua.  Sekian dulu entri saya pada hari ini untuk saya menyambung semula tugasan untuk menyelesaikan tempahan khas baju raya oleh pelanggan-pelanggan setia saya. In shaa Allah, kita jumpa di lain entri lagi. Selamat menjalankan ibadat puasa.

Pelanggan Harus DiBeri Keutamaan

 Pelanggan Harus Diberi Keutamaan

Teks:  Sarimah Adzrina Nasser
Selepas bangun dan mengerjakan solat subuh pagi tadi rasanya malas betul hari ini.  Rasa nak tidur semula selepas mengerjakan solat subuh, akan tetapi saya gagahi juga untuk tidak tidur semula.  Ingatkan selepas segala tugasan dirumah, saya nak menulis entri untuk blog saya tapi entah kenapa, tiba-tiba sahaja idea tidak ada langsung dalam kotak fikiran. Sehingga jam dah 12.30 tengahari masih belum dapat mencari tajuk entri blog yang sesuai.  Jadi akhirnya saya memang tidak ada membuat apa-apa penulisan entri daripada pagi tadi.  Tepat jam 2.30 petang nanti, saya ada temujanji dengan pelanggan.
20140831_152905
Selepas bertemu dan berbincang dengan pelanggan saya pada tengahari tadi, kira-kira jam 4.00 petang, kami pun berpecah dan membawa haluan masing-masing.  Saya melihat jam ditangan baru jam 4.15 petang, jadi saya menuju ke pusat membeli belah yang berdekatan dengan tempat temujanji kami tadi untuk melihat perkembangan terkini.
  Disebabkan cuaca diluar tadi agak panas, apabila dah masuk kedalam pusat membeli belah dengan hawa dingin yang sejuk, terasa lega seluruh badan.  Alang ke terkejutnya saya, baru kira-kira 3 bulan yang lalu saya tidak mengunjungi pusat membeli belah tersebut, perubahan dah banyak berlaku.
Butik tumbuh bagaikan cendawan dan boleh dikatakan keseluruhan tingkat bawah itu adalah butik yang menjual pakaian yang hampir sama.  Terdetik dalam hati bagaimana agaknya empunya tuan butik tersebut boleh bertahan? atau mungkin mereka mempunyai saluran yang lain? tambahan pula, saya tengok pekerja-pekerja hampir kesemua mereka duduk bersembang sesama sendiri tanpa melakukan sesuatu
208244_1332669574161_4656826_n
Tiba-tiba terdetik nak masuk ke sebuah butik yang dihiasi dengan rekaan baju yang cantik dan kena dengan warna. Apabila saya memasuki butik tersebut, terpandang dua orang pekerja yang seorang sedang bercakap telefon dan seorang lagi sibuk membelik-belik handsetnya tanpa memperdulikan saya.    Saya pun membelik-belik baju yang tergantung di rak, pekerja dua orang itu langsung tidak mengendakan saya yang sudah pun berada didalam butik tersebut.  Saya berminat melihat satu pasang baju yang tergantung kat rak, dengan potongan dan warna baju yang memang saya minati dan berhasrat untuk membelinya.
  Saya mengambil baju tersebut dan membawa ke kaunter untuk bertanya berapa harganya disebabkan memang tak diletakkan harga. Salah seorang pekerja itu memberitahu kepada saya bahawa baju itu mahal kak, saya bertanya lagi berapa dik? RM499.00 kak, jadi saya minta keizinan untuk mencuba baju itu, lalu pekerja itu menunjukkan ‘fitting room’ dengan hanya menggunakan memek mulutnya menunjuk arah ‘fitting room’ tersebut.  Saya pun terus ke bilik ‘fitting room’ untuk mencuba baju tersebut.  Hati kecil saya berkata, kesihan tuan empunya butik itu kerana mempunyai kakitangan yang tidak bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelanggan mereka.
Baju itu memang sesuai dengan tubuh badan saya lalu saya membelinya.  Bila dah membuat pembayaran baru saya tengok kedua-dua pekerja itu  ceria. Jadi andaian saya, mungkin pekerja itu berfikiran bahawa saya tak akan mampu membeli pakaian tersebut atas alasan baju tersebut agak mahal.  Jadi bila dinilai, tuan empunya butik itu seharusnya sentiasa berada di butiknya agar semuanya berjalan dengan lebih lancar dan teratur.  Mungkin juga pekerja-pekerjanya masih tidak faham etika berkerja.
sa pic. 1
Saya pun terus beredar dari dalam butik tersebut dan hati berkata, kalau ada 10 orang pelanggan yang masuk ke butik tersebut pada hari yang sama dan pekerja itu bersikap sedemikian tentu tuan empunya butik itu menanggung kerugian besar.  Pelanggan juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan, sejajar dengan kata pepatah ‘customer is always right’.
Itulah pengalaman yang saya alami, walau cantik manapun butik dan hiasan dalam butik tersebut tetapi mempunyai pekerja sedemikian, semuanya akan jadi tak cantik dan sia-sia sahaja.  Butik pakaian ini seharusnya dihiasi dengan pekerja-pekerja yang sentiasa memberikan senyuman yang manis dan berwatakan sopan terhadap pelanggannya.