Author Archives: adzrina

Tempahan Jahitan Kemas, Berkualiti, Cantik dan Eklusif

Slot tempahan jahitan seterusnya dibuka.  Butik kami juga menerima tempahan khas kepada pemilik-pemilik butik yang inginkan jahitan antara 15 helai – 20 helai rekaan dan fesyen sendiri.

 

PhotoGrid_1467247849576

 

Butik kami juga mengutamakan jahitan yang Kemas, Berkualiti, Cantik dan Eklusif. Dengan pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam bidang jahitan, anda pasti berpuas hati.

 

PhotoGrid_1461155897323

Nota Jarum : Biar kain tak mahal tapi kami mampu membuat si pemakai bergaya, berpuas                     hati dan berkeyakinan

 

 

PhotoGrid_1466469215190

 

Berminat sila Whatsapp : 0163228382 atau Email : sarimahadz@yahoo.com

untuk keterangan lanjut.

 

Cabaran dan Kehidupan Dalam Perniagaan

 Cabaran dan Kehidupan Dalam Perniagaan

Teks  :  Sarimah Adzrina Nasser

Dalam memulakan sesuatu perniagaan, kita tidak akan dapat lari daripada macam-macam cabaran  dan kehidupan dalam perniagaan.  Saya percaya setiap insan didunia ini akan diuji oleh allah swt dalam apa jua bentuk cabaran. Harus tahu mengendalikan bagaimana kita nak mengatasi apabila berhadapan situasi seperti ini.
Semua orang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk maju dalam sesuatu perniagaan tidak kira apa bentuk perniagaan pun.  Sebab itu setiap orang yang mengendalikan perniagaan haruslah memberi tumpuan khusus terhadap bisnes yang dikendalikan.  Setiap hari harus rajin memikirkan strategi pemasaran mahupun promosi yang bagaimana harus dilakukan agar pelanggan/orang diluar sana tahu akan produk yang kita niagakan itu sememangnya baik.

20140831_152905

Rekaan Pakaian Jenama Sarimah Adzrina yang pernah mengharumkan nama negara Malaysia beberapa tahun lalu di Kota London.

Persoalan demi persoalan akan bermain dikepala kita bagaimana untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya?  Sebagai seorang muslim kita haruslah berdoa dan terus berdoa kepada allah swt agar dipermudahkan segala urusan pekerjaan, serta dimurahkan rezeki setiap kali kita mengerjakan solat 5 waktu.  Tidak dengan itu sahaja, kita harus rajin mengerjakan solat sunat dhuha, bersedekah dan melakukan amalan yang baik-baik, disamping kita berusaha untuk meningkatkan lagi perniagaan kita kepada yang lebih baik, segalanya dengan izin allah swt.
Kejayaan seseorang dalam kehidupan dan perniagaannya adalah kerana ia memang mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya. Sanggup menghadapi apa juga dugaan, cabaran dan rintangan untuk menujuk ke puncak kejayaan. Dan tidak kurang juga yang gagal didalam perniagaan kerana tidak sanggup menghadapi cabaran dan rintangan yang datang serta tidak mendapat sokongan daripada kawan-kawan mahupun keluarga masing-masing.
Dalam soal cabaran dan kehidupan perniagaan ini, kita tidak boleh campur adukkan hal peribadi dengan hal perniagaan.  Cabaran sentiasa datang dikala kita berusaha untuk meningkatkan perniagaan kita.  Tolak tepi semua soal peribadi apabila kita sedang berhadapan dengan masalah perniagaan dan cuba sedaya upaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah perniagaan dahulu. Biasanya kegagalan perniagaan juga berpuncanya daripada ketidak sanggupan kita untuk berhadapan dengan cabaran yang melanda diri kita. Maka hilanglah fokus kita kepada perniagaan yang selama ini kita usahakan.
 208244_1332669574161_4656826_n
Biasanya orang yang berjaya didalam cabaran mahupun kehidupan perniagaan nya adalah orang yang sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk maju dengan kesungguhan yang kuat serta semangat yang tidak mudah patah.  Samalah perumpamaan ini, kalau kita hendak membuat sepasang baju, harus tahu mengukur badan seseorang terlebih dahulu serta membuat pola baju dan kemudian baru lah baju dapat dihasilkan.  Marilah berusaha dengan lebih yakin bahawa kejayaan bukan semudah yang kita fikirkan malah sahutlah  cabaran dan kehidupan dalam perniagaan dengan berlapang dada. Allahualam

 

Bersyukurlah Atas Segala Nikmat Allah Swt

 Bersyukurlah Atas Segala Nikmat Allah Swt

Assalamualaikum….
Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 4 kita berpuasa sebagai umat islam. Masa berjalan begitu pantas sekali dan disebalik kita menjalankan ibadat puasa dan bersolat berjemaah serta berusaha untuk bermuasabah diri untuk menjadi yang terbaik dunia akhirat,  tidak terkecuali diri saya juga melakukan perkara yang sama.
Entri saya hari ini bertajuk ‘Bersyukur Atas Segala Nikmat Allah SWT’ atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikan kepada seluruh hamba-hambanya termasuk diri saya sendiri, merupakan rasa terima kasih kita atas segala nikmat kurniaan Allah Swt juga diistilakan memberi pujian yang memberikan kita sesuatu kenikmataan alam semulajadi.  Bersyukur atas segala nikmat Allah Swt merupakan satu terapi yang cukup baik terhadap tubuh badan kita dan kehidupan amnya.
Didalam kehidupan harian kita haruslah selalu mengucapkan syukur atas segala nikmat dan pekerjaan yang telah selesai kita jalani dengan baik atau apa juga pemberian seseorang kepada kita.  Bersyukur atas segala nikmat Allah Swt boleh diwujudkan dalam berbagai cara juga seperti melalui hati, lisan dan perbuatan.
Pentingnya kita selalu  bersyukur walau apa juga keadaan kita,  termasuk semasa kita sihat, sakit atau semasa menjalankan perniagaan dengan pendapatan pada hari itu walau sedikit atau banyak kita semua akan mengangkat kedua belah tangan tanda bersyukur dengan rezeki yang Allah Swt berikan pada hari itu. Samalah juga apabila kita mempunyai perancangan untuk melakukan sesuatu, maka kita memang bertawakal kepada Allah Swt samada perancangan kita itu berjaya atau tidak maka itu dikira kita orang yang bersyukur.
Google Images
Pengalaman saya menguruskan perniagaan butik offline selama beberapa tahun, memang banyak sekali dugaan dan cabaran yang saya hadapi.  Perniagaan butik offline tumbuh bagaikan cendawan setiap bulan mahupun setiap tahun.  Kita memang kena mencari identiti sendiri serta bijak merancang apa yang akan kita lakukan dalam jangka masa 2 atau 3 tahun.  Aliran fesyen selalu berubah-ubah dan persaingan juga hebat. Maka itu, apa juga yang kita lakukan setiap hari kita haruslah bersyukur atas segala nikmat yang Allah Swt berikan kepada kita, mudah-mudahan dengan selalu bersyukur, rezeki kita akan bertambah walaupun kadang-kadang pendapatan kita pada satu-satu bulan itu tidak menepati sasaran yang kita rancangkan.
Adat didalam perniagaan ada pasang surut nya.  Jangan lah kita berputus asa, apabila didalam sesuatu perniagaan kadang-kadang kita menghadapi kegagalan. Itu semua adalah lumrah dalam kehidupan seseorang didalam bidang perniagaan.  Semua itu kita ambil sebagai satu ujian daripada Allah Swt dan jangan sama sekali berputus asa kerana kita merupakan orang yang tidak bersyukur.
Studio_20160215_154949
Bersyukur dalam menjalankan perniagaan amatlah besar ganjarannya. Semoga kita semua yang menjalankan perniagaan butik offline mahupun butik online sama-samalah mengucap syukur atas segala nikmat yang Allah Swt berikan kepada kita semua.  In Shaa Allah, rezeki menyebalahi kita semua.  Sekian dulu entri saya pada hari ini untuk saya menyambung semula tugasan untuk menyelesaikan tempahan khas baju raya oleh pelanggan-pelanggan setia saya. In shaa Allah, kita jumpa di lain entri lagi. Selamat menjalankan ibadat puasa.

Pengurusan Panduan Butik Offline

Pengurusan Panduan Butik Offline

Teks  :  Sarimah Adzrina Nasser
Gambar:  Koleksi Peribadi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hari ini saya ingin menulis didalam entri saya mengenai perniagaan butik offline. Serba sedikit saya nak berkongsi juga pengalaman saya selama lebih daripada 12 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan butik offline. Berniagaan seumpama ini memerlukan kita mengeluarkan banyak perbelanjaaan untuk menjayakan agar perniagaan ini berjaya dilaksanakan.  Disini saya ingin berkongsi apa yang harus anda lakukan sebelum memulakan sesuatu perniagaan offline:-
  1. 208244_1332669574161_4656826_n

    Sarimah Adzrina Boutique

Sebelum kita memulakan sebuah perniagaan butik offline, kita haruslah membuat penyelidikan terlebih dahulu tentang saingan yang bakal kita hadapi kelak, tentang produk perniagaan apa yang akan kita niagakan, kerana ini  juga memerlukan kepakaran dan kemahiran yang cukup baik.
Sebelum memulakan perniagaan butik offline, kita juga harus bersedia menghadapi apa juga cabaran yang akan datang.  Ini disebabkan apabila perniagaan butik offline ini dah beroperasi, sedikit sebanyak kita akan menghadapi bermacam-macam masalah yang akan timbul.  Kita  sebagai insan biasa, kadang-kadang tidak akan lari daripada menghadapi berbagai-bagai karenah manusia disekeliling kita.
Mencari lokasi serta kedai untuk nak memulakan perniagaan amat penting sekali. Ini kerana apa juga perniagaan yang akan kita lakukan, lokasi memainkan peranan yang penting didalam perniagaan offline. Tempat yang strategik serta memudahkan pelanggan mahupun orang awam datang melihat produk yang sedang kita niagakan.
Menyediakan kewangan untuk kegunaan pembayaran kos sewa kedai, pengubahsuaian kedai serta  gaji pekerja serta bil-bil untuk letrik, air dan sebagainya untuk selama 1 tahun.  Ini dikuatiri apabila kita memulakan sesuatu perniagaan butik offline, bukan pelanggan datang serta merta. Pengurusan kewangan yang baik boleh membantu kita untuk menyelesaikan banyak masalah,  sekiranya perniagaaan yang kita bina itu belum dikenali lagi. Sebab itu kita haruskan banyak membuat promosi seperti melalui radio, televisyen,telefon mudah alih serta pemphlet untuk diedarkan kepada semua bakal pelanggan kita,  dimana semua ini memerlukan banyak kewangan dan ketelitian yang baik.
Menyediakan stor untuk menyimpan produk yang baru serta semua harus direkodkan keluar masuk barang-barang produk tersebut. Juga menyediakan fail khas untuk menyimpan semua resit-resit serta surat menyurat mengenai pemgubahsuaian kedai, jual beli produk serta semua resit-resit berkaitan dengan perniagaan yang kita jalankan untuk memudahkan kita membuat rujukan sekiranya ada yang tersalah pandang.
Mencari pekerja juga harus bijak dan pastikan mereka mahir dalam bidang yang kita niagakan, kerana tanpa kemahiran atau minat, boleh menjejaskan perniagaan kita juga.  Pekerja juga harus jujur dan amanah kepada majikan serta pekerja-pekerja yang lain serta sering bantu membantu.
Membuat perniagaan offline ini banyak masa kita terikat kepada perniagaan kita.  Ini kerana perniagaan ini beroperasi selama 7 hari bekerja.  Ini adalah disebabkan terpaksa membuka perniagaan kita selama 7 hari bekerja. Apa lagi kalau lokasi kedai kita itu di dalam ‘shopping mall’ diwajibkan untuk tidak menutup sama sekali premis tersebut sehingga shopping mall tersebut ditutup.  Kalau kira melanggar peraturan yang telah ditetap didalam surat perjanjian sewaan kedai tersebut, kita akan dikenakan denda mengikut kiraan jam.  Biasa nya shopping mall beroperasi daripada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.  Perniagaan offline ini memerlukan perhatian yang cukup teliti.
Tetapi pada masa sekarang, jika ingin mengoptimumkan keuntungan perniagaan offline seharusnya digabungkan dengan perniagaan online.

Pelanggan Harus DiBeri Keutamaan

 Pelanggan Harus Diberi Keutamaan

Teks:  Sarimah Adzrina Nasser
Selepas bangun dan mengerjakan solat subuh pagi tadi rasanya malas betul hari ini.  Rasa nak tidur semula selepas mengerjakan solat subuh, akan tetapi saya gagahi juga untuk tidak tidur semula.  Ingatkan selepas segala tugasan dirumah, saya nak menulis entri untuk blog saya tapi entah kenapa, tiba-tiba sahaja idea tidak ada langsung dalam kotak fikiran. Sehingga jam dah 12.30 tengahari masih belum dapat mencari tajuk entri blog yang sesuai.  Jadi akhirnya saya memang tidak ada membuat apa-apa penulisan entri daripada pagi tadi.  Tepat jam 2.30 petang nanti, saya ada temujanji dengan pelanggan.
20140831_152905
Selepas bertemu dan berbincang dengan pelanggan saya pada tengahari tadi, kira-kira jam 4.00 petang, kami pun berpecah dan membawa haluan masing-masing.  Saya melihat jam ditangan baru jam 4.15 petang, jadi saya menuju ke pusat membeli belah yang berdekatan dengan tempat temujanji kami tadi untuk melihat perkembangan terkini.
  Disebabkan cuaca diluar tadi agak panas, apabila dah masuk kedalam pusat membeli belah dengan hawa dingin yang sejuk, terasa lega seluruh badan.  Alang ke terkejutnya saya, baru kira-kira 3 bulan yang lalu saya tidak mengunjungi pusat membeli belah tersebut, perubahan dah banyak berlaku.
Butik tumbuh bagaikan cendawan dan boleh dikatakan keseluruhan tingkat bawah itu adalah butik yang menjual pakaian yang hampir sama.  Terdetik dalam hati bagaimana agaknya empunya tuan butik tersebut boleh bertahan? atau mungkin mereka mempunyai saluran yang lain? tambahan pula, saya tengok pekerja-pekerja hampir kesemua mereka duduk bersembang sesama sendiri tanpa melakukan sesuatu
208244_1332669574161_4656826_n
Tiba-tiba terdetik nak masuk ke sebuah butik yang dihiasi dengan rekaan baju yang cantik dan kena dengan warna. Apabila saya memasuki butik tersebut, terpandang dua orang pekerja yang seorang sedang bercakap telefon dan seorang lagi sibuk membelik-belik handsetnya tanpa memperdulikan saya.    Saya pun membelik-belik baju yang tergantung di rak, pekerja dua orang itu langsung tidak mengendakan saya yang sudah pun berada didalam butik tersebut.  Saya berminat melihat satu pasang baju yang tergantung kat rak, dengan potongan dan warna baju yang memang saya minati dan berhasrat untuk membelinya.
  Saya mengambil baju tersebut dan membawa ke kaunter untuk bertanya berapa harganya disebabkan memang tak diletakkan harga. Salah seorang pekerja itu memberitahu kepada saya bahawa baju itu mahal kak, saya bertanya lagi berapa dik? RM499.00 kak, jadi saya minta keizinan untuk mencuba baju itu, lalu pekerja itu menunjukkan ‘fitting room’ dengan hanya menggunakan memek mulutnya menunjuk arah ‘fitting room’ tersebut.  Saya pun terus ke bilik ‘fitting room’ untuk mencuba baju tersebut.  Hati kecil saya berkata, kesihan tuan empunya butik itu kerana mempunyai kakitangan yang tidak bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelanggan mereka.
Baju itu memang sesuai dengan tubuh badan saya lalu saya membelinya.  Bila dah membuat pembayaran baru saya tengok kedua-dua pekerja itu  ceria. Jadi andaian saya, mungkin pekerja itu berfikiran bahawa saya tak akan mampu membeli pakaian tersebut atas alasan baju tersebut agak mahal.  Jadi bila dinilai, tuan empunya butik itu seharusnya sentiasa berada di butiknya agar semuanya berjalan dengan lebih lancar dan teratur.  Mungkin juga pekerja-pekerjanya masih tidak faham etika berkerja.
sa pic. 1
Saya pun terus beredar dari dalam butik tersebut dan hati berkata, kalau ada 10 orang pelanggan yang masuk ke butik tersebut pada hari yang sama dan pekerja itu bersikap sedemikian tentu tuan empunya butik itu menanggung kerugian besar.  Pelanggan juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan, sejajar dengan kata pepatah ‘customer is always right’.
Itulah pengalaman yang saya alami, walau cantik manapun butik dan hiasan dalam butik tersebut tetapi mempunyai pekerja sedemikian, semuanya akan jadi tak cantik dan sia-sia sahaja.  Butik pakaian ini seharusnya dihiasi dengan pekerja-pekerja yang sentiasa memberikan senyuman yang manis dan berwatakan sopan terhadap pelanggannya.

Kunjung Mengunjung Di Hari Raya Aidilfitri Yang Mulia

23/8/2013 [Khamis] – Kunjung Mengunjung Di Hari Raya Aidilfitri Yang Mulia

Teks:  Sarimah Adzrina Nasser
Foto:  Koleksi Sendiri Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi Jumaat yang mulia ini,

Hari raya aidilfitri dah masuk hari ke 16, dan suasana kemeriahannya masih terasa.  Saya dan sekeluarga dah kembali daripada bercuti setelah 2 minggu berhari raya dengan keluarga di kampung.  Semanjak saya kembali ke sini, setiap hari ada saja rakan-rakan menjemput untuk rumah terbuka. Jadual padat untuk rumah terbuka [open house].  Syukur alhamdulillah memang keseronokan cukup terasa setiap kali kita berkunjung mengunjung dengan saudara-mara mahupun rakan-rakan kita.
Keseronokan saya bersama keluarga berhari raya dikampung halaman saya baru-baru ini masih lagi terasa walaupun saya dan keluarga telah kembali ke Semananjung Malaysia.  Hari raya aidilfitri tahun ini memang agak lain sedikit daripada sebelumnya kerana seluruh adik beradik saya berhari raya pertama dirumah orang tua kami.  Kalau sebelum ini, raya kedua atau ketiga baru dapat berjumpa adik beradik lain kerana masing-masing berhari raya dengan keluarga sebelah isteri mahupun suami masing-masing.
Tetapi tahun ini semua adik beradik saya berkumpul dan sempatlah kami bergambar adik-beradik serta anak-anak buah serta cucu-cucu ibu saya.  Wah! boleh bayaangkan suasana di pagi raya memang sunggguh seronok dengan karenah masing-masing.  Sanak saudara daripada jauh dan dekat datang berkunjung hinggakan ada yang kita tak pernah jumpa setelah semua sudah dewasa.  Mungkin masa zaman kanak-kanak bermain bersama tetapi bila dewasa dan menyambung pelajaran masing-masing hinggalah dah berkerja, hari raya aidilfitri ini lah yang menemukan kita semua.
Syukur alhamdulillah dapat menyambung semula silaturahim yang bertahun-tahun tak jumpa.  Semoga perjumpaan kami semua pada hari yang mulia ini akan berkekalan selamanya. Apabila saya melihat anak-anak buah saya telah dewasa, hati sedih dan gembira. Entah-entah sempat lagi ke diri ini menyambut ramadhan dan hari raya aidilfitri tahun depan? Macam ini lah fikiran saya setiap kali kembali daripada berhari raya dikampung.
  Adik Beradik Perempuan dengan Ibu
Adik Beradik Lelaki dengan Ibu 
Suasana berhari raya dikampung memang jauh sekali bezanya dengan dibandar.  Jauh daripada sanak saudara, kalau dibandar kita berhari raya dengan jiran-jiran dan kawan-kawan sahaja.  Kalau adapun sanak saudara yang kebetulan berkerja atau berkahwin dengan orang disini, dapatlah berkunjung kerumah mereka. Hilang lah juga kesedihan dan kerinduan dikampung.
Sememangnya hari raya aidilfitri adalah hari yang sangat-sangat indah dan mulia, disamping bermaaf-maafan dan saling sayang menyayangi diantara satu dengan lain.  Begitu jugalah dengan niat kita didalam perniagaan online mahupun offline kena saling bantu membantu dan saling sokong menyokong diantara satu dengan lain.  Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.  Amin Ya Rabbal Aalamin. ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf, Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan.