Pelanggan Harus DiBeri Keutamaan

 Pelanggan Harus Diberi Keutamaan

Teks:  Sarimah Adzrina Nasser
Selepas bangun dan mengerjakan solat subuh pagi tadi rasanya malas betul hari ini.  Rasa nak tidur semula selepas mengerjakan solat subuh, akan tetapi saya gagahi juga untuk tidak tidur semula.  Ingatkan selepas segala tugasan dirumah, saya nak menulis entri untuk blog saya tapi entah kenapa, tiba-tiba sahaja idea tidak ada langsung dalam kotak fikiran. Sehingga jam dah 12.30 tengahari masih belum dapat mencari tajuk entri blog yang sesuai.  Jadi akhirnya saya memang tidak ada membuat apa-apa penulisan entri daripada pagi tadi.  Tepat jam 2.30 petang nanti, saya ada temujanji dengan pelanggan.
20140831_152905
Selepas bertemu dan berbincang dengan pelanggan saya pada tengahari tadi, kira-kira jam 4.00 petang, kami pun berpecah dan membawa haluan masing-masing.  Saya melihat jam ditangan baru jam 4.15 petang, jadi saya menuju ke pusat membeli belah yang berdekatan dengan tempat temujanji kami tadi untuk melihat perkembangan terkini.
  Disebabkan cuaca diluar tadi agak panas, apabila dah masuk kedalam pusat membeli belah dengan hawa dingin yang sejuk, terasa lega seluruh badan.  Alang ke terkejutnya saya, baru kira-kira 3 bulan yang lalu saya tidak mengunjungi pusat membeli belah tersebut, perubahan dah banyak berlaku.
Butik tumbuh bagaikan cendawan dan boleh dikatakan keseluruhan tingkat bawah itu adalah butik yang menjual pakaian yang hampir sama.  Terdetik dalam hati bagaimana agaknya empunya tuan butik tersebut boleh bertahan? atau mungkin mereka mempunyai saluran yang lain? tambahan pula, saya tengok pekerja-pekerja hampir kesemua mereka duduk bersembang sesama sendiri tanpa melakukan sesuatu
208244_1332669574161_4656826_n
Tiba-tiba terdetik nak masuk ke sebuah butik yang dihiasi dengan rekaan baju yang cantik dan kena dengan warna. Apabila saya memasuki butik tersebut, terpandang dua orang pekerja yang seorang sedang bercakap telefon dan seorang lagi sibuk membelik-belik handsetnya tanpa memperdulikan saya.    Saya pun membelik-belik baju yang tergantung di rak, pekerja dua orang itu langsung tidak mengendakan saya yang sudah pun berada didalam butik tersebut.  Saya berminat melihat satu pasang baju yang tergantung kat rak, dengan potongan dan warna baju yang memang saya minati dan berhasrat untuk membelinya.
  Saya mengambil baju tersebut dan membawa ke kaunter untuk bertanya berapa harganya disebabkan memang tak diletakkan harga. Salah seorang pekerja itu memberitahu kepada saya bahawa baju itu mahal kak, saya bertanya lagi berapa dik? RM499.00 kak, jadi saya minta keizinan untuk mencuba baju itu, lalu pekerja itu menunjukkan ‘fitting room’ dengan hanya menggunakan memek mulutnya menunjuk arah ‘fitting room’ tersebut.  Saya pun terus ke bilik ‘fitting room’ untuk mencuba baju tersebut.  Hati kecil saya berkata, kesihan tuan empunya butik itu kerana mempunyai kakitangan yang tidak bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelanggan mereka.
Baju itu memang sesuai dengan tubuh badan saya lalu saya membelinya.  Bila dah membuat pembayaran baru saya tengok kedua-dua pekerja itu  ceria. Jadi andaian saya, mungkin pekerja itu berfikiran bahawa saya tak akan mampu membeli pakaian tersebut atas alasan baju tersebut agak mahal.  Jadi bila dinilai, tuan empunya butik itu seharusnya sentiasa berada di butiknya agar semuanya berjalan dengan lebih lancar dan teratur.  Mungkin juga pekerja-pekerjanya masih tidak faham etika berkerja.
sa pic. 1
Saya pun terus beredar dari dalam butik tersebut dan hati berkata, kalau ada 10 orang pelanggan yang masuk ke butik tersebut pada hari yang sama dan pekerja itu bersikap sedemikian tentu tuan empunya butik itu menanggung kerugian besar.  Pelanggan juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan, sejajar dengan kata pepatah ‘customer is always right’.
Itulah pengalaman yang saya alami, walau cantik manapun butik dan hiasan dalam butik tersebut tetapi mempunyai pekerja sedemikian, semuanya akan jadi tak cantik dan sia-sia sahaja.  Butik pakaian ini seharusnya dihiasi dengan pekerja-pekerja yang sentiasa memberikan senyuman yang manis dan berwatakan sopan terhadap pelanggannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.