Monthly Archives: November 2015

Pelanggan Harus DiBeri Keutamaan

 Pelanggan Harus Diberi Keutamaan

Teks:  Sarimah Adzrina Nasser
Selepas bangun dan mengerjakan solat subuh pagi tadi rasanya malas betul hari ini.  Rasa nak tidur semula selepas mengerjakan solat subuh, akan tetapi saya gagahi juga untuk tidak tidur semula.  Ingatkan selepas segala tugasan dirumah, saya nak menulis entri untuk blog saya tapi entah kenapa, tiba-tiba sahaja idea tidak ada langsung dalam kotak fikiran. Sehingga jam dah 12.30 tengahari masih belum dapat mencari tajuk entri blog yang sesuai.  Jadi akhirnya saya memang tidak ada membuat apa-apa penulisan entri daripada pagi tadi.  Tepat jam 2.30 petang nanti, saya ada temujanji dengan pelanggan.
20140831_152905
Selepas bertemu dan berbincang dengan pelanggan saya pada tengahari tadi, kira-kira jam 4.00 petang, kami pun berpecah dan membawa haluan masing-masing.  Saya melihat jam ditangan baru jam 4.15 petang, jadi saya menuju ke pusat membeli belah yang berdekatan dengan tempat temujanji kami tadi untuk melihat perkembangan terkini.
  Disebabkan cuaca diluar tadi agak panas, apabila dah masuk kedalam pusat membeli belah dengan hawa dingin yang sejuk, terasa lega seluruh badan.  Alang ke terkejutnya saya, baru kira-kira 3 bulan yang lalu saya tidak mengunjungi pusat membeli belah tersebut, perubahan dah banyak berlaku.
Butik tumbuh bagaikan cendawan dan boleh dikatakan keseluruhan tingkat bawah itu adalah butik yang menjual pakaian yang hampir sama.  Terdetik dalam hati bagaimana agaknya empunya tuan butik tersebut boleh bertahan? atau mungkin mereka mempunyai saluran yang lain? tambahan pula, saya tengok pekerja-pekerja hampir kesemua mereka duduk bersembang sesama sendiri tanpa melakukan sesuatu
208244_1332669574161_4656826_n
Tiba-tiba terdetik nak masuk ke sebuah butik yang dihiasi dengan rekaan baju yang cantik dan kena dengan warna. Apabila saya memasuki butik tersebut, terpandang dua orang pekerja yang seorang sedang bercakap telefon dan seorang lagi sibuk membelik-belik handsetnya tanpa memperdulikan saya.    Saya pun membelik-belik baju yang tergantung di rak, pekerja dua orang itu langsung tidak mengendakan saya yang sudah pun berada didalam butik tersebut.  Saya berminat melihat satu pasang baju yang tergantung kat rak, dengan potongan dan warna baju yang memang saya minati dan berhasrat untuk membelinya.
  Saya mengambil baju tersebut dan membawa ke kaunter untuk bertanya berapa harganya disebabkan memang tak diletakkan harga. Salah seorang pekerja itu memberitahu kepada saya bahawa baju itu mahal kak, saya bertanya lagi berapa dik? RM499.00 kak, jadi saya minta keizinan untuk mencuba baju itu, lalu pekerja itu menunjukkan ‘fitting room’ dengan hanya menggunakan memek mulutnya menunjuk arah ‘fitting room’ tersebut.  Saya pun terus ke bilik ‘fitting room’ untuk mencuba baju tersebut.  Hati kecil saya berkata, kesihan tuan empunya butik itu kerana mempunyai kakitangan yang tidak bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelanggan mereka.
Baju itu memang sesuai dengan tubuh badan saya lalu saya membelinya.  Bila dah membuat pembayaran baru saya tengok kedua-dua pekerja itu  ceria. Jadi andaian saya, mungkin pekerja itu berfikiran bahawa saya tak akan mampu membeli pakaian tersebut atas alasan baju tersebut agak mahal.  Jadi bila dinilai, tuan empunya butik itu seharusnya sentiasa berada di butiknya agar semuanya berjalan dengan lebih lancar dan teratur.  Mungkin juga pekerja-pekerjanya masih tidak faham etika berkerja.
sa pic. 1
Saya pun terus beredar dari dalam butik tersebut dan hati berkata, kalau ada 10 orang pelanggan yang masuk ke butik tersebut pada hari yang sama dan pekerja itu bersikap sedemikian tentu tuan empunya butik itu menanggung kerugian besar.  Pelanggan juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan, sejajar dengan kata pepatah ‘customer is always right’.
Itulah pengalaman yang saya alami, walau cantik manapun butik dan hiasan dalam butik tersebut tetapi mempunyai pekerja sedemikian, semuanya akan jadi tak cantik dan sia-sia sahaja.  Butik pakaian ini seharusnya dihiasi dengan pekerja-pekerja yang sentiasa memberikan senyuman yang manis dan berwatakan sopan terhadap pelanggannya.

Kunjung Mengunjung Di Hari Raya Aidilfitri Yang Mulia

23/8/2013 [Khamis] – Kunjung Mengunjung Di Hari Raya Aidilfitri Yang Mulia

Teks:  Sarimah Adzrina Nasser
Foto:  Koleksi Sendiri Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi Jumaat yang mulia ini,

Hari raya aidilfitri dah masuk hari ke 16, dan suasana kemeriahannya masih terasa.  Saya dan sekeluarga dah kembali daripada bercuti setelah 2 minggu berhari raya dengan keluarga di kampung.  Semanjak saya kembali ke sini, setiap hari ada saja rakan-rakan menjemput untuk rumah terbuka. Jadual padat untuk rumah terbuka [open house].  Syukur alhamdulillah memang keseronokan cukup terasa setiap kali kita berkunjung mengunjung dengan saudara-mara mahupun rakan-rakan kita.
Keseronokan saya bersama keluarga berhari raya dikampung halaman saya baru-baru ini masih lagi terasa walaupun saya dan keluarga telah kembali ke Semananjung Malaysia.  Hari raya aidilfitri tahun ini memang agak lain sedikit daripada sebelumnya kerana seluruh adik beradik saya berhari raya pertama dirumah orang tua kami.  Kalau sebelum ini, raya kedua atau ketiga baru dapat berjumpa adik beradik lain kerana masing-masing berhari raya dengan keluarga sebelah isteri mahupun suami masing-masing.
Tetapi tahun ini semua adik beradik saya berkumpul dan sempatlah kami bergambar adik-beradik serta anak-anak buah serta cucu-cucu ibu saya.  Wah! boleh bayaangkan suasana di pagi raya memang sunggguh seronok dengan karenah masing-masing.  Sanak saudara daripada jauh dan dekat datang berkunjung hinggakan ada yang kita tak pernah jumpa setelah semua sudah dewasa.  Mungkin masa zaman kanak-kanak bermain bersama tetapi bila dewasa dan menyambung pelajaran masing-masing hinggalah dah berkerja, hari raya aidilfitri ini lah yang menemukan kita semua.
Syukur alhamdulillah dapat menyambung semula silaturahim yang bertahun-tahun tak jumpa.  Semoga perjumpaan kami semua pada hari yang mulia ini akan berkekalan selamanya. Apabila saya melihat anak-anak buah saya telah dewasa, hati sedih dan gembira. Entah-entah sempat lagi ke diri ini menyambut ramadhan dan hari raya aidilfitri tahun depan? Macam ini lah fikiran saya setiap kali kembali daripada berhari raya dikampung.
  Adik Beradik Perempuan dengan Ibu
Adik Beradik Lelaki dengan Ibu 
Suasana berhari raya dikampung memang jauh sekali bezanya dengan dibandar.  Jauh daripada sanak saudara, kalau dibandar kita berhari raya dengan jiran-jiran dan kawan-kawan sahaja.  Kalau adapun sanak saudara yang kebetulan berkerja atau berkahwin dengan orang disini, dapatlah berkunjung kerumah mereka. Hilang lah juga kesedihan dan kerinduan dikampung.
Sememangnya hari raya aidilfitri adalah hari yang sangat-sangat indah dan mulia, disamping bermaaf-maafan dan saling sayang menyayangi diantara satu dengan lain.  Begitu jugalah dengan niat kita didalam perniagaan online mahupun offline kena saling bantu membantu dan saling sokong menyokong diantara satu dengan lain.  Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.  Amin Ya Rabbal Aalamin. ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf, Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan.